Translate

Thursday, 1 February 2018

Nasihat Terbaik dari Orang Paling Kaya China 🇭🇰

JACK MA : 📣

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu. 🌏

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.
Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.
Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi 
wujud.

Bila smartphone guna 4G diperkenalkan kpd dunia, kita
tidak lagi  memasang komputer di rumah.
Bila WeChat dan Whatsapp dibangunkan, mesej tradisional 
tidak lagi sepopular dulu. 
Bila jualan secara online meningkat, pemasaran tradisional menurun.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan org lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada saya,"Apakah Rahsia kejayaan kamu?"

Saya berkata, "Sangat mudah...Saya Bertindak Semasa Kamu Hanya Memerhati." 🀄

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu semai dan bagaimana kamu guna MASA yang ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-
orang BERJAYA, kamu  menjadi seorang yang BERJAYA. 
Kalau kamu luangkan masa utk BELAJAR, kamu beroleh KEBIJAKSANAAN.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku demi majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.
Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yg suka menyalahkan.
Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kesihatan yang baik. 

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yg suka marah,kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai.
Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dengan keluarga.


Beza antara Orang yang Berjaya dan tidak ialah Bagaimana Pintarnya dia Menggunakan Masa".

-Jack ma

Wednesday, 31 January 2018



> Petua & Tips
    ==============

 Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan 
    dengan lubang atau sarang semut atau di mana 
    terdapat banyak semut.

 Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman 
    Sprite.

Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada
    baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan 
    simpan selama 1 jam.

Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan 
    lemon selama 10 minit.

Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka 
    makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, 
    kemudian terus dibilas.

Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di 
    dalam air panas selama 1 jam.

Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di 
    dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, 
    sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu 
    dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian 
    baru cuci.

Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada 
    hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan 
    bermain jauh dari situ.

Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh     
    mengurangkan 10 % dari serangan jantung. Begitu juga 
    bila bangun pagi.

Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan
    organ-organ dalaman.

Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu 
    penghadaman.

 Meminum gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan 
    stroke dan serangan jantung

Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu 
    mengurangkan tekanan darah.