Translate

Wednesday, 31 January 2018



> Petua & Tips
    ==============

 Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan 
    dengan lubang atau sarang semut atau di mana 
    terdapat banyak semut.

 Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman 
    Sprite.

Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada
    baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan 
    simpan selama 1 jam.

Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan 
    lemon selama 10 minit.

Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka 
    makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, 
    kemudian terus dibilas.

Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di 
    dalam air panas selama 1 jam.

Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di 
    dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, 
    sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu 
    dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian 
    baru cuci.

Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada 
    hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan 
    bermain jauh dari situ.

Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh     
    mengurangkan 10 % dari serangan jantung. Begitu juga 
    bila bangun pagi.

Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan
    organ-organ dalaman.

Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu 
    penghadaman.

 Meminum gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan 
    stroke dan serangan jantung

Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu 
    mengurangkan tekanan darah.

No comments:

Post a Comment