Internet, ledakan teknologi maklumat yang berada di
lingkaran mayapada, mampu menghampirkan manusia sesama sendiri seterusnya menjadikan
dunia bagaikan tiada sempadan. Bukti primer yang didapati antarany adalah,
tamsilnya dengan kelik saja di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke
seantero dunia. Dalam konteks era pascamoden ini, buana kian dicanangkan oleh
teknologi maklumat dan komunikasi yang menjadi pemankin antara kita .Tamsilnya,
dunia 4G dan internet yang kian memangkin proses globalisasi ini. Pada alaf
yang serba canggih ini, perkataan ‘internet’ sudah menjadi sebati dengan darah,
masyarakat madani, khususnya remaja alaf ini. Namun, kendatipun revolusi
teknologi maklumat mutakhir yang makin meledak ini memberikan dampak malang
kepada masyarakat madani negara ini.
Bagai ‘galah ditengah arus’, suatu peribahasa yang sinonim
dan dapat mengemparkan dan mengenal sikap remaja, khususunya yang serakah menyalah
gunakan teknologi. Pendekatan konvesional melalui internet sewajarnya dimanfaatkan semaksima mungkin bagi pembangunan
sejagat yang menjadi ‘senjata primer’ dalam melahirkan generasi penggerak wawasan
serta perdana aspirasi 2020 iaitu bagi
melahirkan masyarakat yang berkaliber, beribawa, berintelek serta beminda kelas
pertama selain berfikiran kritis yang menjadi teras ketiga dalam kerangka lima
teras utama RMK-10 “dalam
mengaplikasikan salah satu ciri-ciri falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan
generasi siber yang berkualiti serta
berminda kelas pertama serta mampu meletakkan diri sejajar dengan kemajuan
internet alaf mileinium ini.” Antara retusan daripada kata-kata Tun Dr Mahathir
Mohammad pada ucapan beliau semasa merasmikan Program Teknologi Pengerak Insan
di Putrajaya pada tanggal 23 Ogos 2003.
No comments:
Post a Comment