Mendepani realiti dunia baharu yang kian mencabar ini, globalisasi ini, buana kian dicanangkan dengan budaya songsang yang kian berleluasa. Perkara ini kian membimbangkan ramai pihak yang tiada sangkutan dan kaitan dengan kegawatan ini. Bertambah serius kemelut pandemik ini telah mengorak langkah, hidup subur dalam negara-negara yang sedang membangun. Namun atas dasar apakah kemaslahatan budaya songsang ini diasosiasikan dengan golongan-golongan yang inginkan kebebasan yang masdar, di mana mereka menuntut kebebasan yang mutlak lagi nakik di dunia yang fana ini. Namun siapakah yang seharusnya dipersalahkan dalam hal yang mencetuskan polemik di era PBB ini? Oleh itu, terdapat beberapa punca dominan bagi...
Punca dominan remaja terjebak dalam kancah sosial ini adalah kerana kurangnya didikan agama dan moral yang mantap lagi kukuh dalam sanubari golongan remaja. Agama adalah kepercayaan setiap individu berdasarkan bangsanya selaras dengan rukun negara. Manakala, pendidikan moral adalah pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan setiap individu. Ibu bapa mempunyai peranan yang major dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana "melentur buluh biarlah sewaktu rebungnya". Sementelahan, pihak sekolah pula berperanan dalam menerapkan pendidkan agama dan nilai-nilai moral kepada pelajar-pelajar sewaktu berada di sekolah khusunya ustaz, ustazah an tidak lupa juga guru pendidikan agama islam. Pendidikan agama islam semamangnya amat penting dalam kerana pendidikan agama mampu membantu remaja membezakan lagi mengklasifikasikan buruk atau baik sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Tambahan pula, pendidikan agama menjadi "banteng yang utuh", penghalang kepada remaja dari terjebak dalam kancah maksiat serta kemelut sosial. Ringkasnya, kekurangan pendidikan agama serta moral merupakan penggalak pragmatik yang mendorong remaja terjebak dalam kebejatan sosial masyarakat madani Malaysia.
No comments:
Post a Comment