Translate

Wednesday, 7 May 2014

Industri Pelancongan

   Salah satu langkah untuk memajukan industri pelancongan negara adalah dengan mengadakan kempen promosi pelancongan negara. Kempen promosi adalah prakarsa termudah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Kerajaan bertanggungjawab mengadakan kempen promosi industri pelancongan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya "hangat-hangat tahi ayam",menyemarakkan industri pelancongan negara. Selanjutnya, agensi pelancongan dan pihak swasta harus berkerjasama "bagai aur dengan tebing" demi menyokong kempen promosi pelancongan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Kempen promosi pelancongan harus menggunakan media massa arus perdana  sama ada media elektronik atau media cetak tamsilnya seperti akhbar, surat rasmi, risalah mahupun majalah. Kempen promosi pelancongan wajar diadakan secara sistematik dan terancang sepanjang tahun. Sementelahan, kempen promosi pelancongan boleh diadakan semasa negara menjadi tuan rumah acara-acara berprestij diperingkat glokal dan global contohnya seperti Formula 1, Kejohanan Badminton Piala Axiata dan semasa Persidangan Negara-Negara Bersatu (NAM). Semasa promosi diadakan, para pelancong dapat menyaksikan keunikan negara kita seperti persembahan kebudayaan pelbagai kaum, rencaman makanan eksotik dan pakej-pakej pelancongan yang murah."Sudah terang lagi bersuluh", kempen promosi pelancongan merupakan modus operandi terbaik dalam memacu industri pelancongan negara agar mampu "duduk sama rendah,berdiri sama tinggi", bersaing dengan negara-negara yang telah lama mengorak langkah ke hadapan.

No comments:

Post a Comment