Translate

Wednesday, 7 May 2014

Isu Masyarakat ~ Prinsip Rukun Negara

      Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar gawang pemikiran, akal dan minda kita telah menjelma. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, golongan remaja yang bakal mencorakkan sistem pentadbiran negara agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan yang kian dunia kecapi. Hal ini penting dalam meletakkan Malaysia "duduk sama tinggi,berdiri sama rendah" dengan negara-negara maju setanding negara-negar dunia pertama tamsilnya seperti Jepun dan Korea Selatan. Kemajuan yang dikecapi nanti, bukan sahaja akan menyaksikan prestasi ekonomi negara yang mapan, malah akan menjadi lebih tersohor dipersada global serta glokal dengan gahnya. Terdapat beberapa peranan perdana yang digalas pihak remaja dalam usaha menjana kemajuan negara.
          Sebagai remaja dan kulawangsa yang berdaulat, kita seharusnya mempraktikan teras utama dalam lima prinsip rukun negara. Hal ini kerana, melalui pengamatan prinsip rukun negara, seseorang remaja yang  bersifat patriotik serta syumul dalam seantero aspek dapat dilahirkan. Justeru, menjauhkan mereka dari salahlaku negatif yang berupaya "menconteng arang" ke muka negara serta mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Remaja yang tidak mengamati prinsip rukun negara ini akan bertindak sewenang-wenangnya tanpa berfikir terlebih dahulu berkaitan keburukannya agar "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi" seterusnya mengelakkan peristiwa "nasi sudah menjadi bubur". Hal ini seterusnya akan menimbulkan keraguan  dalam pelancong yang berhajat bagi melakukan kunjungan ke dalam negara disamping merrendahkan keyakinan ahli ekonomi untuk melabur di Malaysia, seterusnya merencatkan aspirasi pragmatis negara untuk "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" denga negara-negara dunia pertama.

No comments:

Post a Comment