*Jangan Beli Kereta:
Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama berkerja kecuali kalau kerja anda banyak melibatkan travelling dan anda boleh buat untung daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula berkerja.
*Beil Rumah Kos Rendah:
Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tidak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.
*Educate Diri Sendiri:
Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ini adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan tiada saving pun no point. So educate yourself.
*Mengambil Insurance Kesihatan (Medical Card):
Untuk fresh graduate, memadai bajet antara RM100 - RM150 untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri, secara tak langsung dah tidak bergantung pada parets kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari. Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan takaful yang paling murah sebagai back up plan. Jangan bergantung 100% pada orang lain.
*Cuba Elakkan Mengambil Kad Kredit:
Kad Kredit sangat bahaya jika anda tidak tahu manage perbelanjaan. Ini juga akan lead ke bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil selapas dua tahun berkerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan kredit limit yang ppaling rendah iaitu RM5000 sahaja. Pastikan langsaikan hutang kad kredit anda sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment sahaja kerana bunga akan berganda.
*Sedekah dan Zakat:
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Displinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi.
*Buka Akaun Tabung Haji:
Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan dalam RM1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
*Menacari Pasangan Hidup:
Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa/tinggal di rumah kecil-kecil sahaja dulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.
*Pekakkan Telinga:
Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi di Starbucks dan kutuk kita sebab tidak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita?
*Monitor, Revise dan Improve:
Setiap perkara yang anda buat, mesti ada kelebihan dan kurangnnya. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kene praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kene monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.
No comments:
Post a Comment