Tan Sri Gnanalingam atau lebih dikenali sebagai Tan Sri G bukan datang dari keluarga kaya. Bekas penuntut Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi ini nyaris tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Malaya apabila mendiang bapanya meninggal dunia. Nasib baiklah pada saat-saat terakhir, beliau menang satu pertandingan 'teka silang kata' dalam akhbar Malay Mail dan memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 untuk beliau membayar yuran pengajian!
Tan Sri G mendedahkan kerja pertamanya adalah menjadi ejen rokok untuk syarikat Malaysian Tobacco Company. Ibunya hampir pengsan ketika Tan Sri G memberi tahu bahawa beliau akan bekerja dengan syarikat rokok. Namun, kegigihan Tan Sri G membuatkan beliau naik dari satu tangga ke satu tangga sehingga berjaya menjadi pengarah pemasaran ketika hanya berusia 34 tahun.
Apabila kerajaan mengharamkan pengiklanan rokok dalam media, Tan Sri G memberi idea agar iklan rokok ditukar dengan iklan pakaian, fesyen dan pelancongan, Namun, iklan-iklan tersebut masih menggunakan jenama rokok yang sama. Walaupun iklan rokok tidak dibenarkan, syarikat rokok masih dapat mempromosi jenama meraka diatas nama baju dan fesyen.
Ketika beliau berusia 40 tahun, stesyen TV3 mula dilancarkan. Ini menyebabkan nama RTM terus tenggelam. Pengiklanan beralih kepada TV3 sehingga kerajaan pening untuk membantu RTM yang kian kering poketnya. Pada ketika ini, Tan Sri G berhenti dari syarikat rokok lalu menubuhkan sebuah kumpulannya sendiri yang dinamakan 'G-Team Consultant'.
Pasukan yang ditubuhkan beliau membantu penyusunan semula program-program RTM termasuk membawa masuk rancangan kartun. Hasilnya, beliau berjaya meraih lebih separuh daripada keuntunggan yang lolos kepada TV3. Keuntunggan melonjak dari RM100 juta, ke RM386 juta pada tahun 1996!

Pada tahun 1989, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA. Kerajaan menetapkan bahawa melalui sukan ini, sekurang-kurangnya Malaysia akan memperoleh keuntungan sebanyak RM5 juta. Orang yang paling tepat adalah Tan Sri G. Beliau dipilih atas kejayaannya membawa keuntunggan beratus juta untuk RTM. Apa yang beliau lakukan adalah dengan membawa penajaan (sponsorship).
Malaysia bukan saja juara keseluruhan Sukan SEA ketika itu, malah juga berjaya menguntungan negara sebanyak RM16.5 juta, melebihi sasaran asal RM5 juta ketika itu. Apabila jutawan Ananda Krishna memperkenalkan Astro pada 1996, Tan Sri G merasakan bahawa beliau perlu beralih bidang lagi. Rokok sudah, media sudah. Apalagi?

Peluang keemasan datang lagi apabila kerajaan ketika itu bercadang bagi mewujudkan sebuah lagi pelabuhan selepas Port Klang bagi menyaingi pelabuhan Singapura. Tan Sri G yang merupakan ahli lembaga pengarah Pelabuhan Klang diminta membantu. Kerana tidak ada pengalaman dalam dunia pelabuhan, beliau dan beberapa kenalanya terbang ke beberapa pelabuhan terbaik dunia bagi mempelajari sistem pengurusan pelabuhan tersebut.
Selepas itu, beliau membentangkan 25 cadangan kepada kabinet bagi mewujudkan sebuah lagi pelabuhan baru yang dinamakan WESTPORTS. Cadangan tersebut diterima. Akhirnya, dalam masa 9 bulan sahaja, WESTPORTS berjaya dibina. Menurut kajian beliau, kebanyakan kapal terpaksa menghabiskan masa di pelabuhan bagi memunggah barang. Sekiranya masa ini dapat dikurangkan, WESTPORTS bukan saja dapat memperoleh keuntungan, malah mampu menyaingi pelabuhan Singapura.
Pada tahun 2011, WESTPORTS mencatatkan rekod terbaru, iaitu memunggah 734 kontena dalam masa 1 jam, hanya dengan menggunakan 9 kren. Pada 2010, syarikat milik Tan Sri G ini berjaya disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada harga RM2.50 sesaham. Berjaya meraih sebanyak RM2.2 billion, sekali gus meningkatkan modal pasaran kepada RM8.53 billion. Kejayaan ini membuatkan beliau bergelar 'Billionaire'.

No comments:
Post a Comment